Hari Sukan Negara adalah usaha kerajaan bagi menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah iaitu pada kadar sekitar 40 peratus berbanding 50 hingga 60 peratus di negara maju.

Hari Sukan Negara 2015 telah mencatat sejarah apabila menganjurkan 17,648 acara dalam masa sehari secara serentak di seluruh negara, kejayaan yang mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records.

SK Sungai Setar juga tidak ketinggalan dalam menyambut baik seruan kerajaan bagi sama-sama menjayakan Hari Sukan Negara. Pihak sekolah telah menganjurkan acara senamrobik  bagi murid-murid tahap 2 serta guru-guru.

Acara yang dimulakan seawal jam 8.00 pagi itu berlangsung selama 2 jam dan tamat pada jam 10.00 pagi bagi memberi laluan kepada Kem Kokurikulum yang dijadualkan bermula pada hari yang sama.


0 comments:

Post a Comment

 
Top