Pada hari sabtu yang lalu, pihak sekolah dengan kerjasama SWCorp telah menganjurkan program larian santai bagi mengumpul kutipan barangan kitar semula dari sekolah-sekolah sekitar daerah kerian.

Program tersebut telah berjaya menarik penyertaan melebihi 130 orang peserta dengan jumlah timbangan barang kitar semula melebihi 1 tan. Acara larian yang bermula seawal jam 8.30 pagi telah tamat pada jam 10.15 pagi.

Peserta-peserta yang melibatkan diri dalam larian juga telah diberi peluang bagi menyertai acara cabutan bertuah yang dijalankan selepas larian. Secara keseluruhannya, program Larian Hijau 3R yang dijalankan berjalan dengan lancar.

Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam melaksanakan program yang dirancang ini.









0 comments:

Post a Comment

 
Top