1. Kesan Rumah Hijau berpunca daripada pembebasan bahan pencemar udara seperti asap dari kilang dan kenderaan. Penggunaan penyembur aerosol(cth, ubat nyamuk), sesetengah peti sejuk dan penghawa dingin yang membebaskan CFC(kloroflorokarbon)juga menyumbang kepada kesan pemanasan global ini.
2. Kempen Earth Hour merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Tabung Alam Sedunia (WWF), ia dilaksanakan dengan mematikan semua lampu dan peralatan elektrik selama satu jam, bertujuan untuk mengurangkan pembebasan karbon ke udara sekali gus mengurangkan pemanasan global
3. Beg plastik memerlukan 100 hingga 500 tahun untuk lupus jika ditanam dan jika dibakar ia memberi impak yang lebih besar kepada alam sekeliling termaasuk manusia.
4. Mod sedia di peralatan elektrik seperti lampu neon hijau, merah dan kerlipan perkataan akan kelihatan pada televisyen, permainan video, stereo, komputer dan lain-lain peralatan elektrik. Mod sedia adalah petunjuk kepada pembaziran elektrik kerana penggunaan mod sedia boleh mengurangkan sehingga 100kw jam setahun iaitu lebih kurang RM22/setahun. Bagi penggunaan elektrik dengan cekap, pastikan kesemua suis peralatan elektrik ditutup.
5. Kitar semula dapat menyelamatkan hutan. Ia kerana untuk menghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17 pohon pokok terpaksa ditebang. Mengitar semula kertas akan mengurangkan bilangan pokok yang perlu ditebang. Kita perlu memelihara hutan kerana ia merupakan paru-paru yang memberi kita oksigen dan udara bersih.
6. Mentol . Jika 6 juta rumah menggantikan 100W mentol bulat atau tungsten kepada lampu neon atau lampu fluorescent kompak 20W, ia akan menyebabkan penjimatan elektrik yang mencecah hampir 1.56bilion kW/j, iaitu bersamaan dengan penjimatan sebanyak hampir RM615 juta setahun.
7. 'Screen Saver' di komputer. Ia hanya membazirkan tenaga. Kebanyakkan komputer menggunakan 2 kali ganda tenaga elektrik untuk menyalakan skrin berbanding tenaga yang digunakan untuk proses dalaman. Tujuan utama 'screen saver' diwujudkan adalah untuk mengelakkan skrin terbakar oleh imej yang konstan, namun ia tidak diperlukan lagi pada zaman serba moden ini. Jika anda ingin menjimatkan tenaga, anda jimatkan penggunaan elektrik boleh menetapkan 'screen saver' kepada 'tiada' @ 'skrin kosong'
8. Label penjimatan. Rujuk label pengelasan kecekapan elektrik apabila membeli barang elektrik. Mengikut standard Malaysia, produk akan dilabel kecekapan penggunaan tenaganya antara 1 hingga 5 bintang. Label 5 bintang sebagai paling cekap tenaga.
9. Bateri . Satu bekalan tenaga sampingan yang digunakan oleh semua. Namun dalam tidak sedar, penggunaan gagal melupuskan bateri dengan baik selepas peranti itu tidak lagi mampu mengalirkan kuasanya. Pasti ramai yang tidak membuang bateri dengan baik selepas digunakan dan hanya melontarkannya ke dalam tong sampah. Cuba bayangkan jika sebahagian 28 juta rakyat negara ini membuang sebiji bateri seminggu, apa akan terjadi??? Pembuangan bateri yang tidak digunakan akan menyebabkan toksik plumbum tersebar secara meluas di permukaan bumi. Jika plumbum tersebut memasuki tubuh kita, ia akan menyingkirkan logam-logam yang lain yang berguna dalam tubuh manusia lalu menyebabkan kesan tertentu. Logam-logam yang disingkir termasuk zat besi, zink, raksa dan kuprum. Kekurangan bahan-bahan tersebut boleh menjejaskan pembentukan sel darah merah normal sekali gus bahaya untuk kesihatan manusia.
0 comments:
Post a Comment