1.0 PENDAHULUAN
Pendidikan dan kesedaran terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar memerlukan pengetahuan, kefahaman, perubahan sikap dan penyertaan masyarakat. Perkara ini perlu dipupuk seawal mungkin kerana ia akan menjadi faktor penentu ke arah amalan cara hidup yang mesra alam pada masa akan datang. Satu cara yang berkesan untuk memupuk kesedaran tentang alam sekitar adalah melalui institusi pendidikan terutamanya sekolah.

2.0 KONSEP PROGRAM SEKOLAH LESTARI
2.1 Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar berkonsepkan pendekatan menyeluruh yang melibatkan semua lapisan warga sekolah bersama keluarga, komuniti setempat, kerajaan, pihak swasta dan badan bukan kerajaan (NGO).
Konsep ini juga menitikberatkan pendekatan bersepadu dalam pengurusan, kurikulum, ko-kurikulum dan penghijauan di sekolah.

2.2 Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar merupakan pusat pembelajaran dan pengajaran yang dapat mempengaruhi warga sekolah dan masyarakat ke arah kehidupan yang lestari.

2.3 Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar bertujuan untuk membentuk persekitaran sekolah yang menitikberatkan pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum, ko-kurikulum dan penghijauan kawasan sekolah.
Melalui program ini, elemen pendidikan alam sekitar dapat diterapkan pada kalangan guru dan pelajar secara langsung dan komuniti setempat secara tidak langsung dengan mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai murni alam sekitar dalam kurikulum dan ko-kurikulum.

2.4 Penglibatan warga sekolah dalam aktiviti Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar memberi peluang kepada mereka untuk mengamal, menghayati dan membudayakan ciri-ciri mesra alam di persekitaran sekolah, rumah, komuniti setempat, masyarakat dan akhirnya di peringkat negara.

Definisi Pendidikan Alam Sekitar ialah :
”Pembelajaran untuk memahami interaksi manusia dengan alam sekitar dan bagaimana alam sekitar diuruskan dengan bijaksana dan bertanggungjawab ke arah kelestarian hidupan di bumi. Proses ini melibatkan endidikan tentang alam sekitar, melalui alam sekitar dan untuk alam sekitar.”

3.0 MATLAMAT
Membudayakan pendidikan alam sekitar dengan menerapkan nilai murni alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum, ko-kurikulum dan penghijauan secara berterusan di SK Sg Setar untuk mencapai tahap Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar pada tahun 2012

4.0 OBJEKTIF
Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar dibentuk bagi mencapai objektif
berikut :
(i) memupuk nilai murni alam sekitar pada kalangan warga sekolah,
(ii) meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar,
(iii) menggalakkan warga sekolah melaksanakan aktiviti mesra alam dengan berkesan,
(iv) meningkatkan kerjasama antara sekolah dengan masyarakat dalam menjayakan pendidikan alam sekitar,
(v) mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi melahirkan warga sekolah yang mempraktikkan amalan hidup lestari

5.0 ANJURAN
Warga SKSS

6.0 TEMPOH PELAKSANAAN
TAHUN 2007 -2012

 Perancangan Strategi & Pelan Tindakan
 Penubuhan Jawatankuasa Induk & Jawatankuasa Penyelaras Peringkat Sekolah
 Jalinan kerjasama dengan pihak berkenaan sekolah-sekolah terdahulu
 Pelaksanaan Strategi &; Pelan Tindakan
 Penilaian &; Pemantauan Peringkat Sekolah
 Penambahbaikan
 Penilaian Akhir oleh Panel Penilai Peringkat Negeri
 Pencalonan Peringkat Kebangsaan
 Penambahbaikan
 Penilaian  Pemantauan Peringkat Sekolah damNegeri
 Penilaian Akhir oleh Panel Penilai Peringkat Kebangsaan

7.0 TEMPAT PELAKSANAAN
Sekitar kawasan sekolah .

8.0 PENYERTAAN DAN PENGLIBATAN
Seluruh warga SK Sg Setar, ibu bapa, PIBG, masyarakat setempat, agensi kerajaan, badan bukan kerajaan ( NGO ) dan pihak swasta.

9.0 PENUTUP
Adalah diharapkan program yang dirancang akan dapat dilaksanakan dengan jayanya sekaligus mencapai matlamat dan objektif yang telah digariskan. Usaha untuk meningkatkan kesedaran melalui pendidikan perlulah dijalankan secara berterusan demi memelihara dan memulihara khazanah alam semulajadi yang tiada gantinya.

0 comments:

Post a Comment

 
Top