Murid - murid melafazkan doa selepas solat beramai - ramai

Azie Hakim
Sungai Setar - 28 Mac 2010 satu Kem Bestari Solat telah diadadakan di sekolah ini. Kem ini telah dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam dan ia dikendalikan oleh semua guru agama disekolah ini. Kem ini hanya melibatkan semua murid tahun 1. Tujuan utama kem ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan yang menyeluruh mengenai cara - cara mengerjakan solat dengan betul.
Di dalam kem ini murid turut diajar melafazkan bacaan yang betui dalam solat, melakukan amali  solat dan amali mengambil air sembahyang. Semua murid dilihat menunjukkan minat semasa melakukan amali. Kem yang bermula pada pukul 8.00pagi ini telah tamat pada jam 1tgh. Diharapkan semua murid setelah melalui kem ini dapat mempraktikkan solat sendiri dengan betul di rumah.  


 
Amali solat

Murid melakukan amali mengambil wuduk

Penerangan mengenai cara - cara menunaikan solat




0 comments:

Post a Comment

 
Top