Bacaan selawat oleh murid - murid SKSS

Azie hakim
Sungai Setar- Pada 12 Mac lalu sekolah ini telah mengadakan satu majlis sambutan sempena memperingati kelahiran nabi junjungan kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Acara ini dimulakan dengan bacaan selawat beramai - ramai oleh murid serta guru dan ianya diketuai oleh guru - guru lelaki sekolah ini. Majlis diteruskan dengan ceramah yang telah disampaikan oleh Tn. Hj Rashid b. Omar yang merupakan guru J-Qaf disekolah ini. 
Setelah berehat setengah jam, majlis dimeriahkan pula dengan pertandingan selawat oleh murid tahun 1 hingga 6. Pertandingan ini mendapat sambutan yang hangat kerana setiap kumpulan menunjukkan kesungguhan dan semangat untuk menang. Guru yang membimbing selawat ini terdiri daripada guru kelas masing - masing dan   ianya turut dibantu oleh guru agama. Bagi tahap 1 pertandingan ini telah dimenangi oleh murid tahun 1,tempat kedua tahun 3 dan tempat ketiga tahun 2, manakala bagi tahap 2 pula murid tahun 4 telah memenangi tempat pertama, tempat kedua murid tahun 6 dan tempat ketiga pula telah dimenangi oleh murid tahun 5.

Bacaan selawat oleh guru - guru SKSS

 Bacaan selawat diketuai oleh guru - guru lelaki SKSS

Persembahan murid tahun 2

Persembahan murid tahun 5

Persembahan murid tahun 4

Persembahan murid tahun 1

Persembahan murid tahun 3

0 comments:

Post a Comment

 
Top