Oleh Aziehakim
Sungai Setar - Satu Kejohanan Badminton peringkat Daerah Kerian telah diadakan pada Februari lalu. Sekolah ini telah terpilih untuk menjadi tuan rumah. Acara yang berlansung selama 2hari ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Bertempat di Dewan SMK Panglima Bukit Gantang telah berlansungnya acara bagi murid lelaki dan bagi murid perempuan pula bertempat di SMK Teknik Kerian. Kejohanan ini telah disertai oleh lebih 30 buah sekolah di Daerah Kerian dan penyertaan terbanyak adalah bagi murid lelaki.

Untuk kategori lelaki, SJK Tong Wah telah mendapat tempat pertama dan kedua pertandingan badminton ini, tempat ketiga pula telah dimenangi oleh SK Wawasan. Bagi kategori perempuan pula SK Kuala Gula telah muncul sebagai juara dan menang tempat ketiga, ini diikuti oleh Sk Wawasan yang menyandang tempat kedua. Pemenang masing - masing telah membawa pulang medal, sijil penghargaan dan wang tunai. Pemenang akan mengikuti latihan badminton diperingkat pusat untuk menyertai pertandingan di peringkat negeri.
 
 Sebahagian daripada guru SKSS yg bertugas semasa kejohanan

Sukarelawan SKSS yg bertugas sepanjang kejohanan

Perasmian penutup oleh En Zainuddin b. Mahmud, Penyelia Sukan

Pemenang kategori lelaki

Pemenang kategori perempuan


0 comments:

Post a Comment

 
Top