Oleh Aziehakim
Sungai Setar - Sekolah ini telah mengadakan Kem Motivasi Kepimpinan dan Jati Diri dengan jayanya. Program yang dianjurkan oleh unit Hal Ehwal Murid ini telah berlansung selama 1hari. Ianya melibatkan semua pengawas sekolah ini.
Sekolah ini sungguh bertuah kerana telah menerima penceramah dari Kolej Komuniti iaitu En. Kamarulzaman b. Abd Ghani, ketua jabatan Kolej Komuniti Cawangan Bandar Baru, Kedah. Kem ini dimulai dengan ceramah dan aktiviti didalam kumpulan. Pembentangan secara spontan oleh semua ahli kumpulan diharap dapat membentuk sifat kepimpinan dalam diri mereka. Diakhir kem ini penceramah menggunakan pendekatan secara halus dengan muhasabah diri. Kem ini diakhiri dengan penyampaian sijil penyertaan kepada semua murid. Diharapkan kem yang dianjurkan ini dapat mewujudkan sifat - sifat kepimpinan dan jati diri yang jitu dikalangan pengawas sekolah ini.



0 comments:

Post a Comment

 
Top