Oleh Aziehakim
Sungai Setar - Baru - baru ini sekolah telah mengadakan sesi latihan kebakaran. Latihan ini berlansung kira - kira jam 9 pagi. Latihan ini diadakan bagi tujuan melatih semua murid terutamanya murid tahun 1 dan pra sekolah yang baru menjejakan kaki ke sekolah ini untuk menyelamatkan diri sekiranya berlaku kecemasan. Sebelum ini semua murid telah di terangkan mengenai laluan keselamatan serta laluan kecemasan turut dipamerkan disetiap kelas masing - masing.


Aktiviti ini dilihat berjalan lancar dan semua murid berkumpul di tempat yang sepatutnya. Selepas mengambil kedatangan semua murid serta mendapat sedikit taklimat daripada Pn Azizah Dahalan, PKHEM SK Sungai Setar, semua murid dibenarkan pulang ke kelas masing - masing dan menyambung pelajaran seperti biasa.

Murid sedang bergerak menuju ke tapak perhimpunan

 Semua murid dilihat berkumpul di Dataran Sungai Setar

Guru kelas memeriksa murid masing - masing
 Semua guru dan kakitangan turut terlibat menjayaka aktiviti ini

Pn Azizah bt Dahalan, PK HEM SKSS menyampaikan sedikit taklimat

0 comments:

Post a Comment

 
Top