Oleh Azie Hakim
Sungai Setar - Muafakat membawa berkat  itulah yg telah cuba ditunjukkan oleh Persatuan Ibubapa dan Guru  sekolah ini apabila pihak sekolah telah berjaya menjalankankan aktiviti gotong - royong sekolah. Selain mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ibu bapa murid sekolah ini, aktiviti ini turut disokong oleh Pejabat Pertanian Daerah Kerian yang telah membantu mencantas dan membersihkan dahan - dahan pokok mempelam disekolah ini. Tidak ketinggalan turut menyertai gotong - royong ini ialah YDP dan NYDP PIBG sekolah ini. 


Aktiviti gotong - royong ini bertujuan untuk membersihkan persekitaran sekolah serta memberi peluang terhadap pihak sekolah mewujudkan kerjasama yang baik dengan komuniti setempat. Antara aktiviti yang dilakukan semasa gotong - royong ialah membersikan kawasan Taman Malar Segar, Taman Herba, mengecat batu - batu di taman, mencantas dahan mempelam seterusnya membersihkan seluruh persekitaran sekolah. 

Aktiviti yang berjalan selam 2jam ini telah diakhiri dengan sedikit jamuan ringan yang turut disumbangkan oleh NYDP PIBG sekolah ini. Aktiviti sebegini ini dilihat dapat memberi manfaat yang banyak terhadap semua pihak. Dengan ini sekolah ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan aktiviti ini.

 Kerja - kerja membersihkan Taman Herba dan Taman Malar Segar

Kerja - kerja mengecat batu di taman
Kerja - kerja mencantas dahan mempelam
 
 Pembersihan kantin


0 comments:

Post a Comment

 
Top