Oleh AzieHakim
Sungai Setar - Sederhana tetapi meriah, itulah yang dapat digambarkan terhadap sambutan hari guru bagi Sk Sungai Setar. Walaupun sambutannya dilakukan setiap tahun namun kehangatan dan suasananya tetap dirasai terutamanya bagi insan yang bergelar guru. Bermula seawal jam 7.30 pagi lagi sesudah  loceng dibunyikan semua murid dan guru - guru telah bersiap berkumpul di dataran perhimpunan. 

Sambutan hari guru ini dimulakan dengan senamrobik yang dipimpin oleh beberapa orang guru dari sekolah ini. Setelah itu majlis diteruskan dengan tatacara perhimpunan seperti biasa di Dewan Terbuka SKSS. Sambutan hari guru dimulakan dengan pembacaan perutusan Hari Guru diikuti dengan ucapan oleh YDP PIBG dan Guru Besar sekolah ini. Sebelum berhenti rehat seketika majlis telah dimeriahkan lagi dengan acara mendeklamasi sajak dari beberapa orang murid tahun 5 Melur. Acara ini pula diikuti pula dengan persembahan 'Action Song'oleh murid tahun 2 dan 3 yang telah dibimbing oleh Guru Bahasa Inggeris iaitu Pn Fauziah bt Wahab. 

Majlis disambung pula dengan permainan bola jaring bagi guru perempuan dan bola sepak bagi guru lelaki. Majlis diteruskan pula dengan acara merebut kerusi mengikut muzik. Majlis sambutan Hari Guru disambung dengan nyanyian Lagu Hari Guru dan bacaan ikaraguru. Majlis ditamatkan dengan penyampaian hadiah dan cenderamata untuk semua guru.

                                                     aktiviti senamrobik dan poco - poco

                                             YDP PIBG dan beberapa AJK yang turut hadir
                                                          
 
                                               Majlis dimulakan dengan bacaan suci Al- Quran
                                                            Bacaan perutusan Hari Guru

                                                              Ucapan oleh YDP PIBG
                                                       Acara deklamasi sajak Hari Guru

                                                 'Action Song' oleh murid tahun 2 dan 3

                                 Acara bola jaring dan bola sepak yang menggamatkan suasana

                                                                     Acara rebut kerusi

0 comments:

Post a Comment

 
Top