Sukantara SK SSungai Setar telah dijalankan pada 2 & 3 Mac yang lalu dengan melibatkan empat rumah sukan iaitu rumah biru, merah, kuning dan hijau. Kejohanan Sukantara sekolah merupakan salah satu aktiviti tahunan kokurikulum yang melibatkan murid-murid Tahun 3 dan Tahap 2. Setiap murid diberi peluang untuk menyumbangkan mata kepada rumah sukan masing-masing melalui acara-acara yang dipertandingkan.

Antara acara-acara yang dipertandingkan ialah acara 100m, lompat jauh, lontar peluru. Sukantara yang dijalankan juga memberikan kesempatan terakhir kepada guru-guru rumah sukan bagi memilih peserta yang akan mewakili rumah sukan masing-masing ke Kejohanan Padang dan Balapan SK Sungai Setar yang akan dijalankan pada minggu hadapan.

Berikut adalah pungutan mata mengikut rumah sukan:

Rumah Biru = 53 mata
Rumah Kuning = 60 mata
Rumah Hijau = 56 mata
Rumah Merah = 78 mata





Album lengkap kejohanan sukantara, sila klik di sini.

0 comments:

Post a Comment

 
Top