Pada Isnin yang lalu, satu majlis sambutan harijadi bagi murid-murid yang lahir pada bulan Januari hingga Mac telah dijalankan di sekolah. Majlis yang telah dianjurkan di bawah Program Guru Penyayang telah dikelolakan oleh Pn Aida Shahniza bt Mohamad. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pn Ruhayah bt Hasim, guru besar SK Sungai Setar.

Pada majlis yang sama, program Mentor Mentee sekolah turut dilancarkan. Setiap guru di SK Sungai Setar telah dilantik sebagi Mentor yang akan membimbing golongan Mentee yang telah diagihkan dari kalangan semua pelajar sekolah.

Program Mentor Mentee yang dianjurkan bertujuan mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat menghormati antara mentor dan mentee. Selain itu, program ini juga diharap agar dapat membina keyakinan diri murid dalam menghadapi masalah, hasil dari bimbingan dan sentuhan dari mentor, iaitu guru, yang sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan mereka.





Bagi melihat album lengkap, sila klik di sini.

0 comments:

Post a Comment

 
Top