Pada 25 Mac 2016 yang lalu, pihak pengurusan Program 3R SK Sungai Setar telah menganjurkan satu pertandingan menulis esei kitar semula. Pertandingan yang dilangsungkan itu merupakan salah satu program daripada beberapa program yang dirancang sempena Karnival 3R yang bakal berlangsung pada 9 April akan datang.

Apa yang unik mengenai pertandingan ini, setiap peserta perlu membawa barangan kitar semula iaitu kertas, plastik atau besi dengan jumlah berat tidak kurang dari 10 kg bagi melayakkan penyertaan mereka.

Pertandingan esei yang bermula sekitar jam 3.30 petang telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari sekolah-sekolah yang telah dijemput. Keputusan esei tersebut akan diumumkan pada Karnival 3R yang akan berlangsung pada bulan hadapan.




0 comments:

Post a Comment

 
Top