Pada jumaat yang lepas, iaitu pada 5 Mac 2016, pihak panitia Pendidikan Islam telah menjalankan Kem Bistari Solat (KBS) Siri 1 yang melibatkan murid-murid tahun 1. KBS adalah aktiviti yang dilaksanakan untuk memastikan murid-murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan.

KBS yang telah dianjurkan buat kali pertama bagi tahun ini telah mendapat sambutan yang baik dari murid tahun 1. Diharap dengan kesungguhan ustaz dan ustazah dalam mendidik dan membimbing memberi kesan yang baik dalam ibadah seharian murid terutamanya dari segi kesempurnaan solat.










0 comments:

Post a Comment

 
Top