Pada 30 Mac 2016, pihak sekolah telah menganjurkan Majlis Lambaian Budi Sanjungan Kasih iaitu majlis sempena persaraan 2  guru penolong kanan SK Sungai Setar. Guru yang diraikan dalam majlis tersebut adalah En. Harun B. Yahya, guru penolong kanan pentadbiran, SK Sg Setar dan Dato' Tn Hj Jamaludin B Hj Jali, guru penolong kanan kokurikulum, SK Sg Setar.

Majlis yang berlangsung bermula dari jam 9.30 pagi berjalan dengan lancar dan tamat pada sekitar jam 12.45 tengah hari. SK Sungai Setar kehilangan 2 guru penolong kanan yang banyak berjasa kepada sekolah, namun setiap yang datang pasti akan pergi.

Pihak sekolah mengucapkan selamat bersara kepada kedua-dua guru yang kami hormati, semoga dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, murah rezeki dan panjang umur.










Album lengkap Majlis Lambaian Budi Sanjungan Kasih, klik di sini.

0 comments:

Post a Comment

 
Top