SK Sungai Setar kini kehilangan seorang lagi guru yang amat disayangi. Seorang guru yang mula mengajar di SK Sungai Setar dari tahun 1988 hingga 2016. 

Pn Fauziah Abd Wahab, ataupun lebih dikenali sebagai Teacher Fauziah dikalangan murid-murid SKSS, merupakan seorang guru yang paling lama berkhidmat di SKSS iaitu selama 28 tahun akan menamatkan perkhidmatan beliau melalui persaraan pilihan pada 31 Mac 2016.

Pihak sekolah telah menganjurkan satu majlis yang istimewa, berasingan dari majlis persaraan guru penolong kanan bagi mengenang perkhidmatan Pn Fauziah yang begitu lama di SKSS. Beberapa persembahan istimewa daripada murid dan guru telah dirancang khas bagi memeriahkan majlis persaraan beliau.

Seluruh warga sekolah ingin mengucapkan selamat bersara kepada guru yang begitu banyak menabur bakti kepada warga SKSS. Semoga Pn Fauziah dikurniakan kesihatan yang berpanjagan, murah rezeki dan umur yang panjang. Jasa Pn Fauziah akan sentiasa dikenang.

Terima kasih cikgu.









Bagi melihat album lengkap persaraan Pn Fauziah, sila klik di sini.

0 comments:

Post a Comment

 
Top