1 April 2016 - Satu majlis perasmian ringkas surau SK Sungai Setar telah dijalan di tingkat 2, bangunan utama SKSS.

Surau yang diubah suai daripada bilik darjah ini telah menerima sumbangan yang banyak dari warga sekolah dan pelbagai pihak swasta. Majlis ringkas yang melibatkan murid-murid tahap 2 SKSS telah dipengerusi oleh Ust Abd Rashid.

Murid-murid diberikan beberapa peringatan tentang adab dan peraturan di dalam surau. Murid-murid juga diingatkan supaya bersama-sama mengimarahkan dan menjaga kebersihan surau sekolah.

Majlis tersebut tamat sekitar jam 9.00 pagi.





0 comments:

Post a Comment

 
Top