BLINK TRADING SDN. BHD. telah mengadakan satu inisiatif tahunan dengan 'turun padang' ke sekolah-sekolah di dalam Semenanjung Malaysia dengan membawa ratusan bahan bacaan ilmiah buat para pelajar sekolah samada peringkat rendah dan menengah.

Disamping menjual bahan-bahan bacaan, para pelajar juga berpeluang mendekati dan menimba ilmu, pengalaman serta pengetahuan para penulis dari syarikat mereka. Para pelajar juga berpeluang bergambar serta mendapatkan tandatangan daripada para penulis yang hadir pada hari tersebut.

Program melibatkan BLINK di SKSS telah berlangsung selaras dengan perlancaran Program Membaca Satu Malaysia. Program in berlangsung selama dua hari yang lepas iaitu pada 5hb & 6hb April 2016. Program yang dianjurkan melibatkan kesemua murid dari tahap 1 dan tahap 2.






0 comments:

Post a Comment

 
Top