Pihak sekolah sentiasa mencari peluang bagi membantu murid dalam pelajaran dan membina keyakinan diri dalam menghadapi peperiksaan UPSR. Pihak sekolah juga telah menganjurkan pelbagai aktiviti dan program bagi membimbing murid ke arah pencapaian akademik yang lebih cemerlang.

Hari ini, iaitu pada 20 April, pihak sekolah dengan kerjasama penyelaras dan guru-guru tahun 6 telah menganjurkan program motivasi UPSR khusus buat murid-murid tahun 6. Program tersebut telah dijalan pada waktu Kokurikulum iaitu bermula pada jam 2.00pm dan tamat pada jam 5.00pm

Penceramah yang dijemput merupakan seorang guru besar dai SK Parit Tok Ngah iaitu En. Abd Aziz bin Jamaludin. Beliau merupakan bekas seorang guru kaunserling yang memiliki kepakaran dalam memberi motivasi kepada murid.

Semoga dengan usaha dan motivasi yang telah dianjurkan akan meningkatkan semangat dan usaha anak-anak kita di SK Sg Setar bagi mengejar impian mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR.








0 comments:

Post a Comment

 
Top