Pada hari sabtu yang lalu, iaitu pada 2 April 2016, pihak panitia matematik telah mengadakan satu program bengkel menjawab soalan matematik bagi murid-murid tahap 2.

Bengkel matematik tersebut melibatkan seramai lebih kurang 80 orang murid dan turut disertai oleh beberapa orang murid dari SK Kampung Kedah, Parit Buntar. Penceramah yang dijemput merupakan seorang guru cemerlang matematik dan juga merupakan seorang guru besar dari daerah yang lain.

Pelbagai strategi dan teknik menjawab soalan telah didedahkan kepada murid bagi membantu mereka di dalam menjawab soalan. Selain itu, penceramah juga menjual buku aktiviti yang mengajar pelbagai teknik mudah dalam menjawab matematik.

Program yang bermula sekitar jam 8.30 pagi itu tamat pada jam 1.00 petang.








0 comments:

Post a Comment

 
Top